Perkhidmatan Rundingan Modal Insan

Categories: Proffesional Training
Perkhidmatan Rundingan Modal Insan

Perkhidmatan Rundingan Kami TTT menawarkan barisan konsultan-konsultan untuk memberi perkhidmatan rundingan dan solusi menangi masalah dan untuk meningkatkan keberkesanan organisasi anda. Pengalaman bersama konsultan-konsultan kami akan membolehkan anda mencapai ke tahap dunia dalam bidang sumber manusia. Perkhidmatan rundingan kami mempunyai pengalaman yang luas dalam berbagai industri dan ini akan membantu anda mengharungi cabaran-cabaran pada waktu kini dan akan datang. Perkhidmatan Rundingan Yang Kami Tawarkan Maklumbalas 360 Darjah Maklumbalas 360 Darjah adalah satu kaedah yang efektif dan komprehensif untuk menilai dan menganalisa seseorang pekerja. Maklumbalas 360 darjah boleh mengatasi kelemahan yang sering berlaku dalam penilaian prestasi yang biasa, dimana maklumbalas daripada semua sumber termasuk daripada pihak atasan, rakan sekerja, penyelia dan juga daripada pekerja-pekerja sendiri. Kami akan membekalkan anda dengan rekabentuk bancian terperinci 360 darjah, pentadbiran, latihan individu dan peningkatan kemahiran pekerja anda untuk mencapai matlamat strategik organisasi anda. Odit Sumber Manusia Tujuan Odit Sumber Manusia ialah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan fungsi Sumber Manusia dan menangani isu-isu yang perlu diatasi.Pasukan odit akan menganalisa setiap fungsi dan akan bertanya,”Adakah kita mengkota apa yang kita kata?”. Ini akan dibandingkan dengan norma atau standard yang dilaksanakan di tempat-tempat lain (Best Practises) dan sebuah pelan tindakan akan diwujudkan untuk mempertingkatkan jabatan ...

Perkhidmatan Latihan & Pembangunan Sumber Manusia

Categories: Featured, Proffesional Training
Perkhidmatan Latihan & Pembangunan Sumber Manusia

TTT merangka kursus-kursus berasaskan Teori Pembelajaran Dewasa dan termasuk pembelajaran experiential. Fasilitator-fasilitator kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam dunia perniagaan dan mereka membawa scenario dunia sebenar ke dalam sesi-sesi latihan mereka. Semua sesi-sesi latihan kami dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator profesional dalam bidang masing-masing. Latihan Dalaman (In-House Training): Program-program latihan dalaman yang kami tawarkan boleh direka khas untuk memenuhi kehendak pelanggan. (Customised) Latihan Awam (Public Training Programme): Kami menawarkan latihan-latihan awam dari semasa ke semasa menurut permintaan ramai. Program-Program Latihan Kami Kecemerlangan Tempat Kerja Kecemerlangan tempat kerja dapat memberi kelainan diantara organisasi yang berjaya dengan organisasi yang kurang berjaya. Organisasi yang cemerlang sentiasa mempunyai tenaga kerja yang komited, memberi tumpuan penuh, terlatih dan yang lebih mustahak mempunyai fikiran yang positif. Kursus ini akan membawa peserta kearah bagaimana cara hendak meningkatkan kecemerlangan kerja yang baik. Pengurusan Masa Yang Efektif Untuk Kecemerlangan Pengurusan masa boleh membantu seseorang untuk melaksanakan tugas-tugasnya dengan lebih efektif. Kursus ini direka khas untuk memboleh para peserta mengenali faedah-faedah di dalam memulakan jadual pengurusan masa sendiri, menggunakan garis panduan mudah untuk memudahkan penggunaan jadual mingguan, mengenali langkah-langkah mudah untuk menjadi lebih terurus dan sentiasa bersemangat, mengenali faedah-faedah menjalankan audit pegurusan masa sendiri dan mengenali langkah-lngkah mengatasi ...

Welcome to 3gon9.com

Triangle TEGUH Technology is a registered company under Malaysia ROB (SA0033837-V) and Kementerian Kewangan (357-02108877). We are located at 23B, Jalan Uranus AG U5/AG, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. Email : sales@3gon9.com

Featured & Popular Articles